TITLE; Kekalkan aku dalam nikmat ini ya Allah :')
Tuesday, April 2, 2013 | 2:44 AM | 0 comments
Ya Allah, nikmatnya ketika di alam percintaan. Bukan mudah
sebenarnya untuk menyayangi dan disayangi, dan bila ku di anugerahkan nikmat
sebegini, aku sangat bersyukur. Ya Allah, kau kekalkan lah kurniaan ini kepada
hamba mu yang lemah ini. Bagi diri ini, mencintai dan dicintai bukan perkara
mudah. Nak memilih seseorang sebagai pasangan pun purgh! Sangat cerewet!!!
Banyak menda yg perlu di considerkan! Hmm jujur pada diri awak, tak pernah rasa
mencintai dan dicintai sehebat ini. Sejarah lama telah menyimpulkan bahawa
engkaulah yg terbaik! Engkaulah yang terhebat!!
Ya Allah, kau bantulah kami. Kau berilah kami jalan yang
terbaik utk kami harungi bersama. Andai dia ditakdirkan untuk ku, kau
permudahkanlah segalanya. Hmmm, 24jam tumpuan kearah dirimu. Ya Allah,
simpulkan keikhlasan di hati kami.
Aku sangat mencintai dirimu. Bukan kerna kelebihan yg kau
miliki tetapi segala kekurangan yang ada pada diri mu menyebabkan aku ingin
hadir untuk melengkapi hidupmu!
Aku sayang dia. aku cinta dia. Syukur pada mu ya Allah.
Assalamualaikum bakal imamku,
Dengan cinta kita belajar
mengenal, kita belajar mendidik jiwa, kita belajar menahan sabar. Ingat bakal
imam ku, sabar separuh daripada iman. Duhai 'Adam', aku selau berpesan kepada
hati ini untuk tidak terlalu berharap kerana jika suatu hari nanti tiada jodoh
pada hubungan kita, pasti aku akan selalu derita dan terasa kehilangan.
Duhai
bakal suamiku,
Dan aku mengharapkan agar dirimu memohonlah pada Dia yang
berhak. Milikilah jiwaku keranaNya. Dan milikilah hati ini dengan izin Allah
S.W.T. Dan miliki lah cinta ku kerana agamaNya. Pada saat aku jauh darimu,
akukan selalu menjaga hatiku untukmu, akan selalu ku jaga hati ini buatmu.
Duhai
bakal suamiku,
Dan ketika dirimu sedang resah menanti kehadiranku,
berdoalah kepada Allah dan mohonlah hanya kepadaNya dan berusahalah kerana aku
hanya insan yang tiada daya upaya dan sesungguhnya Allah adalah pemilik
nyawaku. Cintailah aku dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesederhanaan dan
keikhlasan.
Bismillahhirahmanirahim,
Ya Allah jika benar dia
adalah yang terbaik untukku, satukan lah aku
dan dia hingga akhir hayat
kami. Jika benar dia untukku, kekalkan lah rasa sayang aku dan dia hingga akhir nafas
kami. Dan dekatkan lah hatiku dengan hati nya. Andai dia jodohku, aku sedia menerima dia seadanya.
Amin.