Follow Dashboard
I'm Eabiya. 19/MY
 Add Me Follow Me


Talk here;




TITLE; Kenapa dengan aku?
Thursday, February 21, 2013 | 3:11 AM | 0 comments


Korang mesti menyampahkan dengan sesetengah perempuan ni. Kawan aku waktu sekolah dulu selalu cakap 'Kau ni kejap-kejap nangis, hal remeh pun nak nangis. Lepas tu kau akan cakap perempuan macam ni sengaja nak kan perhatian, air mata pun dah jadi murah sebab dah selalu sangat nampak.'


   Sebenarnya perempuan yang aku maksudkan adalah salah seorangnya aku. Aku jenis yang mudah menangis, mudah kecil hati dan mudah sensitive. Kadang-kadang aku fikir apa lagi yang aku buat kalau bukan menangis, nak kata meracau, menengking tak tentu pasal aku belum mampu.

   Tak ada orang yang akan menangis tanpa sebab seperti mana orang lain fikir kerana mereka mungkin kurang faham. Kita akan menangis sebab kita rasa sedih dan terharu. Dan penyebab itu sudah pastinya hanya kita saja yang faham dan sukar diceritakan kepada orang lain.

   Sebab itu, kalau kita tengok orang lain nangis. Bila kita tanya kenapa, dia cuma jawab tak ada apa. Sebab jika dibagitahu pun kita tak akan faham. Mungkin bagi kita, luka itu tidak dalam tapi sebaliknya bagi dia.

   Adakah salah kalau menangis sebab nak tenangkan jiwa sendiri? Seeloknya sembunyikanlah air mata tu. Kita tak tahu apa orang lain fikir, mana tahu kot kot mereka meyampah pula. 

   Tak semua sebenarnya perempuan mudah menangis. Tapi ini bukan bermaksud perempuan yang mudah menangis tidak tabah. Aku, kalau dapat.. Rasa nak block jer saluran air mata ni tahu nak jatuh saja. Tapi, itu tak mungkin.

   Kita tak boleh jadi macam orang lain yang mampu menahan air mata. Even kalau orang lain tak memahami kesedihan yang kita alami, jangan risau.. Tuhan jadikan air mata untuk kita luahkan kesedihan kita. Lihat, betapa Tuhan menyanyangi kita.

   Jangan menganggap mudah menangis itu satu kelemahan ;)