Follow Dashboard
I'm Eabiya. 19/MY
 Add Me Follow Me


Talk here;




TITLE; Aku bukan siapa-siapa.
Monday, November 12, 2012 | 9:01 PM | 0 comments

Kadang-kadang aku berharap yang aku boleh ucap pada kau yang manis-manis. Sejuk hati kau bila dengar, tapi aku bukan siapa-siapa. Kau pon bukan siapa-siapa. Kadang-kadang aku rasa nak cakap, take care. Kau jaga diri baik-baik. Aku kat sini mendoakan kau, tapi aku bukan siapa-siapa. Kau pon bukan siapa-siapa. Bersalah aku rasa pada pada orang lain yang meletak harapan cinta pada aku. Walaupon aku pasti tiada apa istimewa antara mereka. Kadang-kadang aku rasa nak bagi kau macam-macam. Segala apa yang aku boleh bagi selagi tak melanggar batas hubungan kita. Hubungan biasa sahaja. Kita dua pasti tentang itu, kan? Sebab kita dua bukan ada apa-apa kan? Kau faham tak apa aku rasa? Kau mesti hairan kan? Ya lah. Hari ini aku begini. Esok pula aku begitu. Macam-macam hal. Hari ini aku mesra. Esok pula aku sombong. Macam angkuh pon ada. Tak seimbang. Itulah yang aku nak bagitahu pada kau. Kadang aku rasa aku mahu bersama kau. Tapi bila aku sedar itu cuma kemahuan hati sedangkan dengan akal logik itu tak mungkin. Sebab kita dua bukan ada apa-apa kan? Kita dua pasti tentang itu, kan? Macam mana aku nak cerahkan perkara ini eh? Aku hanya boleh doa supaya salah seorang dari kita cepat-cepat berpunya. Dan cepat-cepat lupakan apa pernah kita kata. Lupakan antara kita supaya aku boleh teruskan hidup aku tanpa kau. Dan kau boleh teruskan hidup kau tanpa aku seperti mula-mula dulu, sebelum kita saling kenal. Siapa aku. Siapa kau. Kosong. Kau bantu aku ya? Cepat-cepat cari pasangan. Tolong eh? Aku tak nak kau bagi harapan pada aku sebab aku tahu, kita tak akan begini kalau aku punya orang aku. Kita takkan begini kalau kau punya orang kau. Tolong eh? Sumpah aku tak tipu. Kau lelaki pertama yang rapat dengn aku dan sentiasa ada dengan aku semasa sedih. Tapi aku dan kau sekarang tak mcm dulu lagi. Kau mesti akan lupakan aku. Ya allah :'( Aku sunyi dan aku tak boleh cari orang lain sebab aku dah janji dengan kau. Aku cuma mampu menangis dan luahkan segalanya dalam ni. Ya Allah, sumpah sedih sangat-sangat. Aku tak boleh lupa semua ni. Aku tak nk ganggu kau. Tapi aku tak biasa! Aku selalu contact kau dan kau pon selalu buat aku happy. Ya Allah, kalau lah aku boleh lupakan semua  ni. Aku tak nk ingatkan kau lagi. Tapi aku tak boleh tinggal kan kau sebab aku dah janji . Hm :/ Kalau kau di tempat aku kau akan rasa mcm mana aku rasa. Yes, memang aku tak dak pakwe dan aku pon dah janji dengan diri aku yang aku taknak couple dengan orang lain. Aku lagi perlukan kawan. Tapi masa tak mengizin kan aku untuk berkawan lama dengan kau. Allah dah bagi cinta sebenar kat kau hmmm. Aku boleh doakan yang terbaik ja untuk kau. Aku rindu kau. Sumpah aku tak boleh lupakan kau. Aku selalu tnya pasal kau kat orang lain. Hmm, Aku tak boleh terima orang lain selain kau. Ya allah , diri aku rasa kosong. Dan kawan pon macam dah takdak ja. Hmm dah tak dak sapa nak dengar masalah aku. Ya allah tolong kuat kan aku, Sesungguh-nya aku mampu kuat tanpa orang yang aku sayang. Dear "Gemok", i miss u but i'm so sorry sebab tak mampu nak jadi kawan terbaik untuk kau :/

Your Love,

EbyaKamirul.