TITLE; Ya Allah! :-(
Wednesday, April 11, 2012 | 2:46 AM | 0 comments
GEMPA BUMI DI ACHEH 11 APRIL 2012 | Sekali lagi kita dikejutkan dengan gegaran yang turut dirasai kebanyakkan penduduk Malaysia. Ada sesiapa yang terlibat? Ada rasa gegaran? Mungkin bagi sesetengah pihak ianya perkara melucukan tetapi tidak kepada sesiapa yang pernah mengharungi peristiwa tsunami tak lama dahulu. Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud berpusat di Aceh pada petang tadi, 11 April 2012.
Kalau nak ikut dari maklumat media Indonesia, gempa berkekuatan 7,6 Skala Richter telah melanda Nangroe Aceh Darussalam. Gempa itu berada di koordinat 2.32 LU, 92.82 BT. Kedalaman gempa berukuran 10 kilometer. BMKG mengeluarkan peringatan adanya potensi gelombang tsunami untuk wilayah Provinsi Aceh, Sumatera Utara, Bengkulu, dan Lampung.
Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Sampai sekarang masih belum terima perkabaran berkenaan kemungkinan berlakunya tsunami. Langkah terbaik, kita sentiasa berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Wallahualam.
P/s : Subhanallah, dunia dah akhir zaman. Sedar lah wahai kaum Adam. Tanda tanda kiamat dah ada. Biarlah gempa bumi sekejap tadi tu mampu menggegarkan kekerasan hati kita supaya mampu membawa kita kepada keimanan terhadap Nya :')