TITLE; What? Today april fool? Yeay!
April Fool! Okay hari ni 1 April. So? April Fool? Mesti korang tak sabar nak kenakan kawan korang kan? Ish ish. Aku dulu pun sama, kalau 1 April confirm prank orang punya. Prank sana prank sini. Last last aku sekali kena prank. Tapi tu dulu.
SEKARANG TAK LAGI!
KENAPA?
OKAY, BACA CERITA KAT BAWAH NI KENAPA AKU DAH STOP CELEBRATE APRIL FOOL.
April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.
Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.
Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI!
Begitu la ceritanya. Aku pun baru dapat tau pasal benda ni then terus share dengan semua yang still taktau. Actually banyak celebration dari Barat yang kita terikut ikut. Benda yang bagus tak nak pulak adapt kan, asyik benda yang buruk je. Tapi at least sekarang kita dah tau cerita di sebalik April Fool ni. Stop la celebrate benda bodoh ni eh? Nama pun fool kan. Harap apa yang aku share ni dapat menambah pengetahuan dan menjadi iktibar.