
Awak,
Apabila saya mengalirkan air mata,
Itu bukan bermakna saya lemah,
Tetapi saya sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai awak.
Awak,
Apabila saya suka memarahi awak,
Memang saya tak mampu mengawal perasaanya,
Tapi percayalah, itulah maknanya saya sangat mengambil berat menyanyangi awak.
P/s : Cuba awak tengok pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tapi percayalah cakap saya, semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pertelingkahan berlaku.
Awak,
Apabila saya berkata saya mahu awak berubah,
Itu bukan bermaknan saya tak mahu menerima awak seadanya,
Tapi saya mahu jadikan awal kebih baik daripada sebelum ni,
Bukan untuk diri saya, tetapi untuk masa depan awak.
Awak,
Apabila saya cemburu dan tak percayakan awak,
Bukan bermakna saya tak sayang,
Tapi saya terlalu sayangkan awak,
Saya anggap awak budak kecik yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Awak,
Apabila saya merajuk,
Jangan kata saya mengada-ngada,
Saya bukan mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen
Tapi cukup dengan perhatian yang boleh buat saya rasa dihargai.
P/s : Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya saya menukar fikiran dalam masa sesaat.
Awak,
Apabila saya kembali tenang,
Percayalah saya akan mencari awak semula.
Itu tandanya saya benar-benar mencintai awak,
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Saya terlalu emosional,
Tapi sayalah yang paling menyayangi awak,
Dan sangat sensitive dengan perubahan pada diri awak.
Awak,
Perempuan tu diciptakan oleh Allah indah sekali,
Disebalik air mata saya,
Tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal mnjadikan awak merasa selamat bersama saya.
Awak,
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah,
Tapi saya punya kekuatan tersendiri,
Yang bias menggoncang dunia dan mungkin bias membuat awak menjadi lemah kerana saya.
- Alhamdulillah, atas ketabahan dan sabar masing-masing 8 bulan kita bersama. Saya update ni penuh dengan geningan air mata awak. Saya harap hubungan saya dengan awak akan kekal sampai bila-bila. Memang kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.