Follow Dashboard
I'm Eabiya. 19/MY
 Add Me Follow Me


Talk here;




TITLE; Buatmu Ibu ;)
Friday, May 6, 2011 | 10:06 PM | 0 comments


Dari anakmu,

Kasihmu mama takkan mira lupakan, cuma kadang-2 mira khayal dalam duniawi mira.

Tatkala nasihat mama menjadi titisan hangat ditelinga mira ,

DOSA KAH MIRA SEBAGAI ANAKMU MAMA?

Aku merintih menangis, mengenang diri ini,

LAYAKKAH MIRA MENJADI ANAKMU?

Mama sentiasa mendoakan kesejahteraan mira, Doa mama tak pernah putus walau mira lena dalam tidurku,

Solat mama sentiasa berakhir dengan doa untuk mira, Suara mira tak pernah hilang di telinga mama.

Kasih sayang mama tak pernah reput ditelan :'(

MAMA LAYAKKAH MIRA JADI ANAK MAMA?

Air mata ini menitis tatkala mira terkenangkan mama,

Mama, Kasihmu sungguh murni tak berbanding kasih mira untuk mama,

Tatkala mira bersedih , mama sentiasa disisi , menenangkan anak bongsu perempuan mama ni.

Tatkala mira menangis, meratapi kehilangan permainanku, mama sentiasa disisi memujuk mira,

Tatkala mira memberontak mahukan sesuatu, tangan mama pantas mencarinya untuk mira.

MENGAPA NASIB MAMA SEBEGINI?

Ku sesali ini, Semakin melupakanmu,

LAYAKKAH MIRA DIPANGGIL ANAK MAMA?

kata kata mama sering menenangkan suatu ketika dahulu, menyejukkan hati yang penuh dengan kusut. Menyapu air mata yang bergelinang dipipi mira, tatkala mira telah dewasa, Nasihat mama mira lempar, Panggilan mama mira sahut dengan nada marah :'(

LAYAKKAH MIRA JADI ANAK MAMA?

Maafkan lah anak mu mama, Mira tak nak mira digelar si Tanggang :((((( Ku sujud mohon ampun dari ibu, Syukurku panjat kerana mira masih berpelung menemui mama lagi. Syukur mira ucapkan sebab mira berpeluang memeluk mama lagi, Sykur mira katakan sebab mira berpeluang merasa kasih sayang dari mama lagi.

SAYANGMU SUNGGUH MURNI & NASIHAT MU AMAT BERERTI :)



SELAMAT HARI IBU MAMA, ILOVE YOU UNTILL THE END :)