Wednesday, October 22, 2014 | 7:51 AM | 0 comments
Salam. Hai. Hello. Sebelum ini, aku suka memerhati. Ianya jadi satu hobi. Kerana aku bukanlah seorang yang berani. Aku lihat manusia di sisi tepi, kanan dan kiri. Aku belajar banyak perkara…terutamanya hati. Aku cuba memahami diri, yang ada kalanya aku abaikan hampir mati. Hati manusia lain aku jaga, Hati sendiri terabai sepi. Setiap malam sebelum mata pejam, aku duduk bersendiri. Bermuhasabah dalam suasana gelap sepi, ingatkan kisah siang terang hari ini. Aku rela korbankan diri, walaupun hati terluka macam nak mati. Kenapa ni? kenapa? Tolonglah wahai diri, Hargai hati. Dia terluka, bagaimana nak sembuh nanti. Ikutkan masa, apa yang doktor beri…anytime aku bakal pergi. Sumpah! (aku manusia sepi- InsyaAllah, esok lusa aku bakal mati menghadap Illahi, kerana hati aku telah rosak sukar diubati. Hargailah diri.):

Kau selalu mengungkit benda yang lepas.
Kau selalu kata kau menyesal dengan apa yang sudah berlalu.
Menyesal tapi tiada usaha untuk berubah.
Tak guna kau merengek ke sana- ke mari.
Hentikan semua ni.
Usaha! Usaha! Usaha!
Sampai bila kau nak orang kutuk kau?
Sampai bila kau nak dengar orang perli kau?
Sampai bila kau nak diamkan semua ni?
Berubah! Berubah! Berubah!
Aku tahu kau boleh, cuma kau lemah semangat.
Fikir, ini semua penentu masa depan kau.
Gunakan peluang yang singkat ini.
Usaha demi kejayaan di masa hadapan.
Orang kata kawan tu lagi berharga dari sebutir permata. orang kata kawan tu adalah segala-galanya selepas keluarga. tapi sejauh mana kita menghargai kawan kita sendiri? pernah tak saat kita terlalu menghargai sesebuah persahabatan, tapi kita tak pernah dihargai?
nak berkawan sangat mudah. tapi nak mengekalkan persahabatan tu bukan mudah. ada yang berkawan sebab duit. ada yang berkawan untuk mengambil kesempatan. ada yang berkawan sebab terpaksa. eh ada ke gitu? takpelah, yang penting berkawan kena ikhlas. tolong pun kena ikhlas.
sebagai seorang kawan, takkan kita nak tengok kawan kita sendiri dalam kesusahan kan? kalau tak boleh tolong dia sebesar mana pun, tolong yang mana kita mampu pun dah kira baik. tapi perlu tak kita mengungkit? tak perlu. dalam persahabatan, 'tolong menolong' itu dah dikira wajib. sebab dia kawan kita, wajib kita tolong dia bila dia dalam kesulitan. tapi kalau kita tolong dia sebab nak dia balas budi kita, itu bukan tolong namanya. itu boleh diklasifikasikan sebagai 'jual budi'. budi baik bukan untuk dijual wahai kawan.
kalau kita ikhlas, kita tak minta jasa kita dibalas. kenapa perlu mengungkit semua pertolongan yang dah diberikan? pandai-pandailah orang tu nak hargai macam mana. mungkin tak nampak secara kasar, tapi secara fitrahnya? Allah saja yang tahu macam mana dia menghargai semua pertolongan kita. rasanya tak perlu kot nak ungkit setiap satu apa yang perlu seseorang tu tolong kita sebab kita sendiri tahu perbuatan ungkit tu tak bagus kan? mungkin ada cara tersendiri di mana kita boleh mengungkit tentang sesuatu TAPI bertempat. sebelum kita mengungkit tentang satu benda, fikirlah apa yang pernah orang itu tolong kita. mungkin pertolongan dia tak sebanyak mana. tapi sekurang-kurangnya dia pernah hulurkan bantuan untuk kita. begitulah manusia, bertindak tanpa berfikir. aku harap kau bukan begitu :)
Current site name: Beautiful Me. Current site theme: Pink + Blue + White + Grey + Purple + Orange + Green. Best view in: Google Chrome and 1366 X 671. Site opened since: 2012.